The Students That Never Sleep

Hello y'all! It is now almost MARCH. Yes. I know all of us are now anxious about our results. Let's pray for the best for all of us.





posted : Saturday, February 6, 2010♥Photobucket
title : Scribble Scribble
Kosa Kata

1. akhirulkalam
-sebagai penutup/akhir

2. anjakan paradigma
-peralihan paradigma daripada satu lingkungan/batasan kepada sesuatu yang baru(biasanya yang lebih baik)
-Remaja perlu membuat anjakan paradigma jika ingin cemerlang dalam bidang akademik.

3. deduksinya
-kesimpulannya

4. diimplimentasikan
-dilaksanakan,dijalankan,ditunaikan

5. eksplisit (secara eksplisit)
-dinyatakan dengan tepat dan jelas, tanpa dikias-kias, tersurat
-Secara eksplisit, penyakit H1N1 telah menjejaskan sektor perlancongan.

6. entiti mithali
-
sesuatu contoh/sesuatu yang wajar diteladani
-Akhlak yang mulia merupakan entiti mithali yang boleh diteladani oleh sejagat remaja.

7. hedonisme
- mementingkan keseronokan/kesenangan hidup

8. holistik
- bersifat saling berkait antara satu sama lain sebagai suatu sistem bersepadu yang menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja
-Masalah ini perlu diatasi secara holistik.

9. implisit (secara implisit)
- dinyatakan secara tidak langsung, tidak terang-terang, tersirat
- Secara implisit kes gangster akan merosakkan imej sekolah.

10. ironi (ironinya/ironisnya)
- keadaan/kejadian yang menunjukkan pertentangan atau kesan sebaliknya antara sesuatu yang dijangkakan dengan yang menjadi hakikatnya.

11. kebejatan moral
-kerosakan moral

12. kontemporari
-pada masa kini/dasawarsa

13. marcapada ini
-dunia kini/dasawarsa

14. memanifestasikan
-melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan, menjadikan nyata

15. sinergi
- tindakan bersama/usaha bersama
- Sinergi antara masyarakat dan kerajaan amat penting dalam usaha mengatasi masalah sosial yang kian menular dalam kalangan remaja.

16. tamsilan (tamsilannya)
- contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan, misalnya

17. tarbiah
- pendidikan
- Ibu bapa wajar mentarbiah anak-anak dengan lengkap sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

18. wadah
- ala, asas, medan, saluran (untuk melakukan/menyampaikan sesuatu)