The Students That Never Sleep

Hello y'all! It is now almost MARCH. Yes. I know all of us are now anxious about our results. Let's pray for the best for all of us.





posted : Thursday, December 3, 2009♥Photobucket
title : She Returns
Di suatu keheningan pagi, kelihatan para pelajar bersusah payah menggalas beg yang dipenuhi dengan buku masuk ke perkarangan sekolah. Tujuan mereka hanya satu, BELAJAR.
Dapat kita saksikan sendiri kepayahan mereka yang sanggup untuk bangun awal pagi bagi menuntut ilmu.

Bergerak pula ke kelas 4s1, mereka kelihatan agak sibuk membuat kerja masing-masing. Ada yang membaca, bercakap, membuat kerja rumah dan sebagainya. Namun begitu, di dalam keriuhan mereka dengan pelbagai cerita, mereka dikejutkan lagi dengan kehadiran seorang rakan mereka yang agak dikenali. Terkejut dan tidak terkata sudah cukup menggambarkan bagaimana perasaan mereka pada ketika itu. Siapakah rakan mereka itu?Pastinya dia seorang yang agak popular dan dikenali ramai. (ye ke?)

Pada keesokan harinya, Madam Mashitoh melangkah masuk ke kelas dengan penuh gaya. Perwatakannya agak ringkas namun masih lagi bergaya. Bajunya sentiasa sedondon dengan tudung, kasut dan juga tas tangannya. Tidak dinafikan bahawa dia seorang guru yang agak suka berfesyen. Fesyennya tidak pernah ketinggalan zaman mahupun ditelan masa. Ketika meneliti buku pemantauan pelajar, mukanya kelihatan agak berkerut. Apakah yang sedang beliau fikirkan? Adakah sesuatu sedang mengganggu fikirannya?
Ternyata sangkaan pelajar-pelajarnya meleset apabila beliau memanggil ketua tingkatan. Akhirnya, segala pertanyaan yang bermain-main di fikiran beliau terlerai juga apabila ketua tingkatan memberitahunya bahawa rakan mereka itu kembali lagi ke kelas itu.

Tiba-tiba kelihatan sebuah senyuman penuh makna terukir di bibirnya. Sambil memandang ke arah Shafiq yang kelihatan begitu tenang menyambung pembacaannya, beliau meneruskan butir bicaranya. Senyuman penuh makna dan lirikan mata beliau sudah cukup membuktikan apa yang bakal diperkatakan sebentar lagi. kesepian melanda untuk seketika. 'patutlah shafiq nampak lebih ceria dari hari-hari yang lain. Rupa-rupanya, buah hati pengarang jantungnya kembali semula'. shafiq yang sedang khusyuk membaca, agak tersentak dengan sebaris ayat yang spontan meluncur keluar dari beliau. Sungguh dia tidak sangka. Itu lah yang bakal diungkapkan. Seuntai kata yang menggetarkan hati lelakinya. Dilamun cinta? Dua perkataan itu sering berputar di fikirannya bagaikan seperti sebuah perakam video . Namun, kesimpulan tidak boleh dilakukan dengan membabi buta. Shafiq membuang pandang ke luar sambil berbisik, biarlah masa yang menentukan segala-galanya.

Farahin... itu lah nama rakan mereka...



coretanku yang pertama dan terakhir,
Nurul Athirah bt. Zawawi